Tuesday, February 8, 2011

PeraNan KaTa yAnG KiTa kAta

Pekaba u olls...( sekuntum senyuman untuk kowang semua)

senyuman manis n mahal ni- nampak tak,nampak tak...muka ada senyum

kalau xnampak ---- hahah dialog sambung sendiri erkk..ada dalam cite P.ramlee ala nujum pak belalang tu??

hehehe ergh kelenguhan melanda diriku...

lenguh tak lenguh, entri wajib post... 

apa story arini..meh le kome bace sendiri yea...

kebiasaannya facebook la yang menjadi temanku..

tapi kali ini..Kadang-kadang! jarang-jarang !! jer menjenguk Fb...

minat semakin beralih arah ke Mr.Bloggie ni..edeii bukan Fallin in Luv
 jgn salah tafsir

juz nak bermesra-mesraan je..almaklum bila dah ada blog sendiri ni..mestila kena luangkan masa lebih..

t tak pasal2 kena label blogger yang tak komited ahaks ...eheks kikiki ayat pawe tue!!!

sudahla yea..xmau berceloteh panjang...berbalik kepada title entri diatas (ayat skema le plakz) korang bace la ye..zassszzz Layan!!!!!



Apa yang kita kata, itulah yang kita RASA, kata-kata kita membina sikap dan menentukan apa yang menarik perhatian kita dan pengalaman kita.  Semasa kita mencari kegembiraan dalam hidup, kita banyak bergantung pada apa yang kita kata. Kita harus memperkatakan sesuatu yang positif dan membinanya. Apa yang kita kata akan memberi kesan pada kekuatan individu.

Jika kita Menggunakan sesuatu perkataan  untuk membuat perubahan pada diri dan personaliti. Misalnya, jika kita mengucapakan ungkapan "tidak boleh" maka anda mencuba untuk menafikan kebenaran yang ada, menafikan kebolehan dan menutup peluang untuk maju.

Kata-kata kita memberi kesan pada apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa. Perasaan kita mempengaruhi apa yang kita perkatakan daripada apa yang kita fikirkan.

Untuk membuat perubahan yang paling mudah ialah dengan membuat perubahan pada apa yang kita kata, mengawal dan membaiki apa yang hendak kita perkatakan. Dalam sekelip mata sahaja apabila kita memperkatakan yang positif maka positiflah pemikiran dan perasaan kita. 

Mengubah apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasa ialah melalui perkataan. Mengubah apa yang kita kata lebih mudah daripada mengubah perasaan dan pemikiran. Kata-kata yang positif kunci untuk gembira maka dengan itu itu kita mampu bergembira..

renung-renungkanla....



No comments:

Post a Comment