Friday, February 18, 2011

KiSaH IkaN sALmoN

Maggie n Hot Milo, wow gud combination !!! slurrrpp.. ummm Enak banget... syukur kenyang juga..pagi-pagi buta ni terasa lapar plak...padahal tadi dah makan nasi lemak..apa dh jadi ni..gain weight la kalau cam ni... nanti obesiti cam ne??? control makan..hahahhah jangan tiru yea...pemakanan xsihat nie... 

dah start ke ni..uisshhhh sorry yea !! terlebih makan sudah...heheh nak dapat idea kena la dalam keadaan perut yang kenyang kan....ok, baiklah lupakan pasal makan tadi yea..anggap la cam iklan ...ermm kalau kita berada  dalam keadaan minda yang sedar pasti kita perasan bahawa waktu berjalan dan terus berjalan dengan pantas sekali...jadi ayuh teman-teman, kalau orang putih cakap " dun waste ur time" ni cam title lagu kelly clarkson ...hehehe yeah xmau sia-siakan masa ni, saya nak terus masuk kepada entri hari ni... 

khas tuk kalian  semua,hari ni saya mau share satu  kisah menarik lagi tertarik..kisah tentang ikan salmon..hahahah mungkin  ada yang dah taw dan sebaliknya, tapi siapa yang xtaw..stay tune yea..jangan pergi kemana-mana...teruskn membaca..t nyesal lor kalau x ikuti kisah ni...

Crystal Clear app babelfish.pngSeperti yang saya janjikan tadi...Ikan salmon adalah ikan yang berasal dari Amerika Utara. Sejenis ikan laut yang unik. Ikan salmon adalah spesis ikan yang bermigrasi dari sungai ke lautan. (haha jgn ingat manusia jer yang berpindah randah).

Crystal Clear app babelfish.pngPada musim bertelur, ikan salmon akan kembali semula ke tempat asal ikan ini dilahirkan iaitu di sungai jauh di atas daratan tinggi. Perjalanan ikan dari laut menuju ke hulu sungai sememangnya mengharungi banyak cabaran, rintangan, dugaan dan bahaya.  Ini disebabkan oleh perjalanan yang ribuan kilometer, ombak besar, batu karang yang tajam, arus deras dan terkaman pemangsa. Ikan salmon turut berjuang melompati jeram dan air terjun dan terpaksa melawan arus semata-mata untuk mencapai tujuannya, iaitu berkembang biak. Ikan salmon harus berenang dengan kecepatan 30 kilometer per jam agar mempunyai daya lompat setinggi 3.5 meter. Jarak perjalanan yang dilakukan salmon sangat menakjubkan kerana ikan ini dapat mengarungi arus sungai sejauh 1.400km dan mendaki setinggi 2.100 km dari lautan menuju tempat kelahiran ikan itu iaitu hulu sungai.



Semua rintangan dan cabaran yang berisiko dan bahaya ini langsung tidak mengurangkan niat ikan salmon untuk bertelur. Sesampai di hulu sungai, dalam keadaan lelah dan terluka ikan salmon akan mencari tempat terbaik bagi sarangnya, sesudah ia meletakkan telurnya ikan salmon akan mati, dalam masa yang singkat telur-telur itu akan menetas sebagai  generasi penerus kepada spesis ini, maka ikan salmon kecil yang berjumlah jutaan itu wujud dan ini membiak.
kisah perjuangan ikan salmon yang sangat mengagumkan.. kita harus mencontohi kegigihan ikan salmon dalam menempuh rintangan dan cabaran...dalam kehidupan kita, kadang-kala kita mudah berputus asa dalam menghadapi sesuatu keadaan. kita harus kuat seperti ikan salmon.


                                 

No comments:

Post a Comment