Wednesday, February 9, 2011

T.U.L.I.S


Tulis..Jangan tak tulis...hah "TULIS"...nak tulis apa....laa dah korang tak tanya...nak taw ke??? ermm sebelum saya tertidur (zzZzZz) saya nak  tulis satu entri yang penting untuk? ....sape lagi tuk korang semua yang saya sangat hargai. Walaupun mata ni sekejap buka sekejap tutup..tapi saya paksakan diri untuk berikan sedikit  Tip la..

dah menguap lebih dari 5 kali ini...okei  direct to the point la yer..

yang saya maksudkan ialah tentang "MENULIS MATLAMAT"

Anda tahu tak menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian  dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran anda dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar ataupun separa sedar untuk anda mencapainya.

Matlamat yang tidak tertulis seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi menjadi suatu yang nyata dan boleh disentuh.

Anda telah membawa matlamat dalam imaginasi kepada bentuk yang anda dapat menggenggamnya..sama dengan tujuan matlamat anda..anda ingin menggenggamnya.

Saya percaya setiap orang ada matlamat yang tersendiri..dan kita sering mengimpikan bahawa matlamat kita akan tercapai...sekarang buktikan bahawa kita sungguh-sungguh ingin mencapai matlamat tersebut..jadi tulis la matlamat anda pada sehelai kertas kerana ia mendorong anda untuk mencapai  matlamat itu.

BedTime..huhuhu k beunas noches (nitez) -bye bye






No comments:

Post a Comment