Friday, January 28, 2011

TiADa YaNg TiDaK BeRguNa

Seorang pelawat sedang ditunjukkan satu kumpulan pesakit kusta. Pada tengah hari, semua orang berada di dewan makan, dalam pada masa itu, terdapat dua orang pemuda, seorang mengangkat temannya di belakangnya  sama seperti seekor kuda dan penunggangnya yang mengangkat muatan, berasa sangat seronok

sedang para pelawat memperhatikan mereka, pelawat diberitahu bahawa pemuda yang menggangkat temannya itu buta manakala yang diangkat itu pula seorang yang lumpuh. Pemuda yang tidak dapat melihat menggunakan kakinya, manakala yang tidak dapat berjalan menggunakan matanya.Mereka saling membantu, mereka menemukan sukacita yang besar ketika melakukannya.

setiap kita mempunyai kelemahan, tetapi kita juga mempunyai kelebihan maka kesimpulannya tiada yang tidak berguna. Janganlah kita merasakan bahawa diri kita kosong. Kita ada kelebihan masing-masing dan seharusnya menggunakan kelebihan tersebut bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang di sekeliling kita

No comments:

Post a Comment